Quantcast
Channel: Mekchu Situ Sana Sini
Viewing all articles
Browse latest Browse all 206

Bibik Berperangai

$
0
0
Petang tu balik keje tengok nenek labu tengah pangku wawa bagi minum susu.. Nampak pelik sebab mana bibik.. jarang nampak nenek labu yg susukan wawa...

Blom sempat letak montot, nenek labu suruh pegi pujuk bibik.. Whatthehek pompuan tu nak kena pujuk2 bagai ni???? Nenek labu bagi tau yang bibik merajuk kena marah dan cakap nak balik malam tu jugak..

Terus badan lemah gemalai.. terasa longlai sangat bila dengar dia nak balik malam tu jugak.. selama setahun ni, belom pernah pulak dia buat perangai macam tu.. macam berat sangat kes 'kena marah' tu.. Kena marah je kot..

Rupanya bibik kena marah sebab menyapu tak bersih.. nenek labu suruh sapu balik terus dia menjawab marah2.. suara tengking2.. memang kena kaw2 lah dengan nenek labu kalau dah macam tu.. memang pantang nenek labu kalo tanya sepatah menjawab 10 patah ni..

Memang selalu je dengar yang dorang ni tak bersefahaman (ayat berlapik).. tapi memang abis gitu aje.. tak de pulak sampai nak bungkus baju semua..

So mekchu pun masuk bilik bibik, pujuk dia baik2.. masa tu ngam2 dia tengah zipkan bag baju dia.. muka sombong betol masa tu.. muka yang macam dapat balik indon dalam masa 1 jam lagi..

Mekchu cakap la elok2 kan.. jangan la amek hati apa yang nenek labu marahkan tadi.. sebab nenek labu ni marah kejap aje.. lepas tu elok lah dia.. dah setahun cari rezeki kat sini, tak kan nak pergi macam tu aje kan.. mekchu cakap masa ambil dengan cara yang baik, nak balik pun dengan cara yang baik jugak.. tapi degil ngkooooo... tetap nak balik malam tu jugak.. nak dipendek kan cerita dia dah memang tak makan pujuk dah masa tu..

memang nampak la bibik ni memang sayangkan wawa.. lain macam sayang dia sampai kadang2 wawa nak dia yang dukung

Sampai nenek labu pun dah mintak maaf, dia tetap nak balik jugak.. Selama ni kata sayangkan wawa, tapi malam tu sayang ntah ke mana, wawa ntah ke mana.. cakap je kan sayang, bukan anak dia pon..

"Mak, orang kalau dah tak nak kerja dengan kita, biarkan je.. jangan dipaksa.."

Sebenarnya............... bibik ni memang dalam proses nak hantar dia balik sebab dah setahun keje sini...nak kena renew pasport dia kat sana.. minggu depan baru cadang nak setelkan pasport dia kat kedutaan.. yang geram tu tak boleh pulak nak tunggu sampai minggu depan haiiiiiii... nak berambus malam tu jugak kann... berambus lahhhh!!

Dia ingat dia boleh balik malam tu jugak agaknya.. kapal sayur pun tak jalan malam laaa... bengong!!

Terus mekchu call anak buah mekchu yang hantar bibik ni dulu.. dia panggil abg shah.. nak jugak tido rumah abg shah malam tu.. tak nak langsung bertahan walau 1 malam lagi.. hoiiii degil sangat!!!

Tak sangka la kan, punca sebab kena marah jadi sampai nak bungkus baju semua..

Mekchu pulak weekend lepas baru bawak dia pegi shopping baju2 anak dia.. tapi dia lah yang bayar.. banyak btol dia beli.. nak dekat 3 ratus lebih semua keperluan untuk anak dia.. agaknya dia dah rasa rindu pada anak kot bila dah mula beli baju2 anak ni.. walau selama ni bleh bilang dengan jari berapa kali dia talipon anak dia.. memang jarang.. susah btol nak dengar dia cerita pasal anak dia..


Semua tu jadi punca je la tu dia nak balik cepat..

Call papajib bagi tau bibik nak balik.. malam tu la pulak papajib 1st time main golp waktu malam.. adoiiyaiiinyapunnnnn... nak mengadu dengan siapa pun tatau dah.. bila cakap dengan bibik mekchu sikit pun tak rasa sedih.. tapi bila cakap dengan papajib ni mekchu boleh menangis.. hahahaha... srottt srettt sedut hingus..

"Bibik ada kat mana skang ni?"
"Kat dalam bilik dia la.."
"Elok tu dia dalam bilik.. kalau dia keluar, cepat2 bawak budak2 masuk bilik. Kunci pintu. Nanti stand by apa2 kayu"
"hahhhhhhhhhhh???"
"Stand by la kalau-kalau dia mengamuk"

HAHAHAHAHA.. itu memang tak tercapai dek akal.. tapi kalau tengok lengan dia kat gambar sebelum ni tak mustahil jugak tu...

So, malam tu bibik dah berambus balik rumah anak buah mekchu tu.. dan secara tiba2 kami dah tiada bibik lagi sementara ni..


Ntah, rasa tension bila pikirkan pasal bibik ni.. topik yang tak berkesudahan..

Kami bukan tak boleh hidup berdikari.. situasi kami tak sama dengan korang.. nenek labu perlukan orang untuk teman.. bila dah bayar duit bibik, rasa rugi pulak kalau bayar duit nursery anak.. ingat cap duit ke?

Sebab itu lah bila orang cakap mereka tak sokong amek bibik ni mekchu macam..... errmmmm ketap bibir.. sokong atau tak sokong kena tengok semula pada situasi mereka tu macam mana.. kami ambil bibik bukan untuk jaga anak2 semata.. kadang2 geram dengan mereka yang tak faham dan tak nak cuba nak faham ni.. yang ingat kami ni terlalu bergantung pada bibik untuk jaga anak... tak boleh nak jaga anak sendiri..

Anda, anda dan anda bersyukurlah kerana masih mempunyai orang tua yang sihat, mereka masih mempunyai teman di kampung.. masih kuat untuk bergerak sendiri.. masih berkemampuan untuk membawa kereta sendiri kalau sakit pening.. situasi kita tak sama..

Ok, bye (tiba2 emo).. nak cerita banyak lagi.. tapi nanti2 lah..


by mekchuN (^_^)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 206