Quantcast
Channel: Mekchu Situ Sana Sini
Viewing all articles
Browse latest Browse all 206

Golfing edisi Bapak borek, anak rintik, mama pengorek..

$
0
0
Orang tua-tua kata, kalau anak dah minat dengan sesuatu yang baik tu ibu bapa kena la bagi sokongan moral..

Sejak dah ada set golf sendiri ni kemain suka lak abam mi ajak papa dia gi driving range.. Setakat ni bermain golf bukan lah sesuatu yang baik pada mekchu sehingga lah........... sehingga bila erk??? Mungkin sehingga mekchu dapat hadiah tiket ke Dubai.. atau kunci rumah banglow 8 bilik.. atau kereta yang menjalar...

Ya, selepas itu baru lah ku akan kategorikan golf adalah sukan yang bagus.. buat masa ni masih tak bagus.. Masih.

Kesian pulak bila abam mi beria ajak mekchu pegi tengok dia pukul bola.. paling kesian bila suruh bawak adik sekali.. dia kata adik mesti suka tengak abang pukul bola..

"Mama, jom la mama tengok mi pukul bola"
"Abang dah terror ke?"
"Dah... sebab tu mi ajak mama.. bawak adik sekali ehhh..."

Begitu konfiden sekali dia menjawab dah terror.. Ye la, berangkut lah budak kecik tu kat driving range rasah kemayan petang tu..

Hujan kot abang.. sedap ni kalo buat taik mata..........


3 bakul jugak 2 beranak tu pukul.. lama jugak kot kena tunggu...

Bisik dengan abam mi suruh dia pukul 2 bijik sekali gus.. senang cepat habis.. Lepas tu buat2 marah "abangggggggg... kenapa pukul sekali 2 bijik niiii.... tak baik...." pandai kan aii berlakon...

 pakai tracksuit pun layan.. ada jugak bola tersesat pegi kat kedai repair mesin basuh kat sebelah tu.. pandang belah kanan, bila pukul bola pegi belah kiri.. kagum.....

kalau betul abang minat, teruskan.. tapi pastikan bila balik main golf jangan jadi legam ok..

sesi tunrunkan ilmu..

pakaikan wawa stokin baru.. 

Mekchu ada record instagram video jugak.. tapi tatau macam mana nak share kat blog ni.. kalo gambar mmg senang je nak copy image location.. video instagram masih tatau cara lagi.. ehh kalo tau sila habaq mai sini ok..

So dok berulang-ulang la tengok video tu sebab lucu kot.. tatau apa papajib cakap masa ajar abam mi..

Bila anak pukul sekali dia cakap aaaaaaaaa... pitih.... 
Anak pukul bola lagi dia cakap aaaaaaa pitihhhhhh lagi.... kahkahkah..
Dah nampak anak akan bawak balik pitih besar letew... tapi agak2 la sambil mengajar, sambil berpitih... hahahaha...

Kalo nak tengok search id instagram mekchu @churalliya

Video dari keek ni je yang boleh share kat sini.. Nahhhh tengok keek bapak borek, anak rintik, mama pengorek ni...



Sekian.

by mekchuN (^_^)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 206

Trending Articles