Quantcast
Channel: Mekchu Situ Sana Sini
Viewing all 206 articles
Browse latest View live

Budak kecik yg comel ni sudah 34 tahun!

$
0
0
Baca tajuk je pun dah tahu cerita sebenar.


Alhamdulillah, Tuhan telah panjangkan umur mekchu lagi setahun untuk mengecapi kebahagian, mengharungi suka dan duka sebagai HambaNya...

Syukur kerana terpilih untuk diuji...
Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk berbakti..
Syukur kerana berpeluang untuk memperbaiki diri..

Ehhh.. sekarang budak comel tu dah semakin comel kot (^_^)


by mekchuN (^_^)

Di hari lahir mekchu

$
0
0

InsyaAllah dan doakan mekchu ye sayam2 semua...

Ada 5 helai tudung jerrr..

$
0
0
Malam tadi sebelum tido...

Post gambar dan caption ni tanpa ada sebarang niat yang tak baik..

Esok dah kerja. Seminggu cuti mmg x cukup. Ala, pompuan ni kalo bg sebulan pun x cukup jugak. Td nak iron bj lama ku tenung baju-bajan yg tergantung smpai dh senget2 tu. Pas tu berfikir..... esok kena bgn setengah jam awal dr biasa sbb nak lilit tudung. Pas tu pikir baju apa nk pakai yg mecing dgn 5 helai tudung yg ada. Beli 5 helai je tudung yg mecing utk baju2 raya. Tak terpikir nk beli tudung yg mecing dgn baju kerja. Utk esok lusa dah jumpa bj yg mecing dgn tudung. Lepas2 tu nnti2 lah pikir. Pas tu smbung pikir lg. Baju2 tu byk kain nya berbelah depan. Kalo dikira yg tak berbelah kurang dr 10 helai kot. Pas tu terus kena sound dgn nenek labu 'ko buat apa dr tadi asyik tenung baju2 tu?' Terus kelam kabut angkat baju, iron baju dan lipat baju. Mcm2 sgt yg dipikirkan. InsyaAllah, Tuhan akan permudahkan urusan hambanya...


Dan ramai yang reply bagi tau nak sedekahkan tudung/shawl pada mekchu.. Ramai jugak yang bagi tips dan macam2 lagi laa.. Terharu sangat dibuatnya dikelilingi ramai kawan2 yang manis.. Sampai membuatkan mekchu tido dalam shinyuman.. Pagi tadi bukan bangun setengah jam awal, tapi lewat setengah jam dari biasa.. Dermmm!!

Dan hari ni pertama kali melangkah ke pajabat dengan imej baru..

hitam adalah selamat.. dah la bangun lambat.. punah harapan nak belit shawl cantik2.. tu kasi belit janji tak jatuh je tu.. 

Terima kasih semua..


by mekchuN (^_^)

Bukan pujian, tapi sokongan

$
0
0
Anda perlu menyokong mekchu.. bukan menghentam mekchu..

Mekchu baru seminggu berhijab.. kalau nak diikutkan semua baju pun tak sesuai.. semua baju ketat.. semua baju pun sendat dan padat.. satu almari kena tukar.. ohh mekchu ada 3 almari.. so 3 almari kena tukar.. ko mampu ke nak sponser?

Tolong lah.. benda2 macam ni lah yang membuatkan mekchu down.. Teguran macam ni lah yang membuatkan ramai kawan2 yang nak berubah terus bertangguh.. Menegur tak salah, tapi perlu kena pada caranya.. dan saya punya sebab kenapa tak publish komen anda!

Mekchu tak mengharapkan komen yang berbentuk pujian, tetapi sokongan.

FULL STOP (.)


by mekchuN (^_^)

1 Syawal 1434H

$
0
0
Orang lain dah jauh pecut buat entry raya.. yang mekchu baru terkepit-kepit nak start enjin..

Mood aii dah ok bila baca komen sayam2 semua.. komen kat blog, komen kat fb.. ada yang terlebih sayang tu siap komen kat wassap jugak.. siap buat sajak lagi.. kamoo memang suweeet sangat wahai sahabat..

Lantak lah kan, tak kan kerana Anony yang entah macam mana bentuk rupa fizikal tu mekchu nak sawangkan blog kesayangan ni kot... no no kenot.. aii is love my blog so so much...

Memang la ku malas nak melayan orang macam tu.. Meh sini mekchu nak up entry raya.. lagik best..

Tahun ni pertama kali sambut malam raya dan pagi raya di Kuala Pilah.. pertama kali okeh sejak LAPAN tahun kawin.. saje je besarkan LAPAN tu.. LAPAN tolak satu sama dengan tujuh.. So tujuh tahun yang lepas memang malam raya dan pagi raya kami di labu.. Tahun ni memang banyak kelainan nya..

Jap jap.. sebelum apa-apa mekchu nak tepek gambar keluarga kami di pagi raya.. kena jugak letak gambar ni yang pertama sebab nanti korang akan nampak kat side bar. dan kat fb pun nanti akan keluar gambar ni melalui Networkblogs tu :D suka tak.. suka tak?

alhamdulillah, tahun ni bertambah lagi sorang ahli.. 2 lawan 2 sekarang.. 

Ya... pinkkkk.. shocking pink lagik.. ngeh ngeh ngeh.. akhirnya dapat jugak sedondon pink. puas jugak pujuk papajib. entah apa masalah dia tak nak pakai kaler pink ntah.. nak kata kena gatal2 kulit tak de pulak..

Gambar banyak yang dah upload kat Instagram.. So mekchu just copy image URL dia aje.. harap2 semua dapat view..

malam raya tengah tunggu orang datang takbir.. seronok sebab kat labu tak de pun macam ni.. dalam pukul 10.30 jugak dorang sampai.. pas tu abam mi punya lah excited ikut bertakbir sampai pukul 1 pagi kot baru balik.. 

Nasib lah pagi raya senang nak kejut.. cakap seceria mungkin Selamat Hari Rayaaaaaa kat abam mi terus bangun sambil senyum2.. mandikan, siapkan budak2 dan terus ke masjid..

muka tak siap.. mata pun bengkak lagi tu.. 

kat mesejid pun sempat korang nak bergambar khennn...

Punya la ramai orang.. nasib lah ada ruang sikit kat celah tangga..

wawa memang senang nak handle.. tak banyak ragam punya budak.. ada kain, ada punting setel masalah ngko.. tapi jangan ko cuba terlupa bawak kedua-duanya.. 

time sembahyang muat sebab semua berdiri.. tapi masa dengar khutbah dah mula sempit semula. masing2 pun nak duduk bersila.. jadinya kami kembali di tangga lah jawabnya.. 

Lepas habis sembahyang sunat hari raya, mereka semua terus ke pusara arwah atok jah.. Tahun ni pertama kali beraya tanpa arwah.. pelik sangat rasanya..

dapat pun sekeping dengan abam mi yang lengkap bersongkok dan sampin.. lepas tu memang tinggal baju dan seluar aje laaa.. 

Kain baju tu kain cotton satin yang sangat sejuk dan selesa.. kami pakai dari pagi sampai larut malam.. lepas mandi, pakai semula.. kalau ikutkan hati nak je bawak sampai tido... hahahaha buang tebiat sangat pulak..

wawa baru bangun tido.. senyummmm aje budak kecik ni.. 

lewat jugak mintak ampun & maaf dengan papajib.. biar lambat asalkan jangan tak mintak maaf terus.. 

Ayat : "sama macam tahun lepas"
Terus papajib hukurkan kaki dan sorok kan tangan.. hahaha sungguh kureng..

Ye la.. ye la.. mama memang banyak sangat buat salah.. mama memang pemalas, pemarah, pendengki, pemboros, etc etc.. mama tau papa dah lama maafkan mama kan.. kannnnnnnnn.. tapi tahun ni tak dapat duit raya lah.. kemusykilan besar disitu ?????????

 yang seronok dilihat..

Dan.....
yang tak ingin dilihat.. hahahaha.. 

Lepas tu ada lagi....

 3 beradik yang macam 13 orang. Gamat!

 hadoiiiii tak bleh tahan tengok gambar ni.. tiap kali tengok tiap kali tu tekan perut tahan gelak.. kak eliz soh delete.. tapi tetap nak letak jugak.. 

 yang ini memang skill sejak azali.. lompat sambil tepuk kaki.. add on keluarkan lidah..

dan cubaan beramai pulak.. lompat sambil dukung wawa.. 

Kikikiki... tu aje pun gambar family yang ada.. sebab tu kena letak jugak..

Beraya rumah sedara mara sebelah menyebelah aje..

dah nak start pegi beraya.. wawa siap bawak henbag nak simpan collection..

memang raya ni sonang kojo omak ehhh.. ramai betul dayang2 yang dokong wawa.. tu yang makannn aje kijenya tu.. 

Sampai siap tinggalkan wawa sebab nak beraya rumah2 saudara lain.. Dah sudah beraya baru gi amek anak semula :D

Raya sampai ke malam.. malam pun pakai baju sama.. cuma wawa je la yang tukar baju.. gambar nan hado.. ehh elok gak tu tak de gambar sebab bleh abiskan entry ni cepat..

Ok ini last..


Gambar 1st dan yang last harus yang suweet suweettt belaka..


by mekchuN (^_^)

2 Syawal 1434H

$
0
0
Dah katanya mood raya.. haruslah bukak mana-mana blog pun penuh dengan al-kisah raya masing-masing. kalerful. suka mak hencik nengok..

Siapa ada blog, kalau tak buat entry raya rugi woooo.. sekarang memang tak nampak kenapa rugi.. esok esok. Bila anak2 dah besar. Bila ngko sendiri dah lupa gambar tu kat mana, sebelah ko tu siapa.. haaaa nak nak pulak macam mekchu yang jenis memori susah nak mencerap sekarang ni kan...

Ok, raya kedua di rumah saudara mara kat area Kuala Pilah..

Dimulakan dengan gambar dari Instagram lagi.. ehh gambar2 kat IG tu memang yang dipilih antara terpilih.. semua stok cun2 aje kat sana... Id mekchu @churalliya

berenti tepi kedai penyapu beli air ribena.. kemain pulak wawa jelir lidah.. 

4 rumah je beraya di hari kedua.. 3 rumah kat Pilah. Dan 1 rumah kat Tampin..

Gambar raya kedua tak banyak.. tapi tetap nak buat folder 2 syawal kat dalam laptop.. senang kalau nak carik gambar nanti.. so far gambar anak2 memang letak dlm folder siap dengan umur dorang.. suka tengok perubahan dorang ikut bulan. Tp bila dan masuk umur 2 tahun macam abam mi mekchu pudatkan dalam 1 folder je 6 bulan sekali... 3 tahun, 3 tahun setengah, 4 tahun, 4 tahun setengah.. ngehngehngeh..

Jauh melencong nampak! Disebabkan gambar tak banyak maka tatau nak cerita apa.. tu yang membebel aje kijenya tu..

 sibuk kira duit raya budak2.. punggah bag tiba2 jumpa envelope sogo.. hahaha entah sejak bila dia ada dalam bag tu.. 

Nak tanya sikit laaaa.. korang yang ada anak2 kecik kan macam mana korang simpan duit raya anak2? maksud mekchu budak bawah 5 tahun yang tak reti simpan sendiri... kalau dulu abam mi sorang memang mudah sangat la.. semua dalam bag tu duit dia.. 

Raya pertama je mekchu mampu nak asing2 kan duit dorang. Ada siapkan 2 bag kecik. Biru utk abam mi. Pink untu wawa.. Masuk raya ke-2 sampai semalam ku campurkan aje semua. Pas tu bahagi 2.. Korang macam tu jugak atau ada tips lain?

Tolong share...

Setel rumah pertama.. Perut gembira dapat makan nasik.. Moh gerak ke rumah kedua kat bawah tu aje.. 

 Raya kedua ni baju macam tak kena.. tudung pun tak berapa nak mecing.. baju tu memang tak de kain.. kain tu beli lain.. ohh bukan kain tapi skirt.

 kalau perasan abam mi suka soh posing belakang dia macam tu.. raya pertama pun gitu jugak.. tak pe, janji dia nak bergambar.. 

ni pasangan bawah pokok klapak.. x bersungguh langsung nak mecingkan baju makpak dengan anak tahun ni.. papajib tu lagi parah.. ada 2 helai je baju raya dia.. 

Lepas tu masuk raya ketiga dah pakai baju golp.. pedihhhh je mata ni nengok laki beraya pakai baju main golp.. dah tak tahan sangat nak jejak padang golp agaknya.. 

Dirumah kedua ada sekeping gambar wawa ngan mama-wom dia.. bateri fon masa tu pulak nak kong... 


Siapa tengok kak eliz kat dalam kias ramadhan hari tu? Ada mekchu record guna instagram video. Tapi tatau pulak cane nak copy link nak letak kat blog.. 

Rumah ke-3 makan mee soto terbaek di Kuala Pilah.. tapi gambar sekeping pun tak de sebab fon tumpang charge.. hahaha..

Lepas dorang semua solat Jumaat, kitorang pun gerak dah ke Tampin.. Satu rumah je.. tapi lepaknya kemain lama.. Lepas tu terus balik Labu. Nasib dah mandikan wawa siap2 sebelum balik.. Dalam keta tido baekkkkk punya.. 


Entah berapa kali betulkan tudung.. wawa suka tarik2.. selang seminit dia toleh pandang mama dia.. kejap lagi toleh lagi.. pelik sangat kot.. dia suka sondol2 kepala kat mekchu kalo mengantuk.. kat dalam keta tu meraung menangis sebab pipi terkena brooch.. Brooch pulak tak nak kalah.. beli yang tersembul aje.. lebammmm pipi gebu wawa.. papajib tanya kenapa bagi tau wawa terhantuk kat pintu :D

Dik, kasik chance mama nak vougue sikit ehhh.. alaaaaa sikit aje..


by mekchuN (^_^)

3 Syawal 1434H

$
0
0
Letih nok nak siapkan entry raya..

Raya ke-3 apa jadi erk? ohhhh malam raya ke-2 tu kami dah sampai Labu dah.. nak beraya dengan family labu pulak.. dapat jumpa abang mekchu je.. akak mekchu dah balik pahang..

Pagi kami dah ke pusara arwah abah.. Kat Labu dorang buat tahlil arwah pada hari raya ke-3..

muka 'bugel' mekchu.. pinjam tudung bawal nenek.. 

Terpisat2 jugak pagi tu.. malam tu beraya entah sampai kol berapa.. kol 8 tahlil dah start.. nak layan kerenah abam mi yang kejap nak pegi.. kejap tak nak.. kejap nak.. Bila cakap dapat duit raya, baru betul2 teguh pendirian nak pegi..

Teringat masa kecik2 dulu suka pegi tahlil arwah ni.. sebab nanti dapat duit raya.. tapi dulu dapat duit syiling aje laa.. kemain berat poket bawak balik rumah.. kecing.. kecing.. kecing..

Abam mi dapat seringgit je... hahaha terror lagi mama ngko..

Selesai tahlil, kami sambung baca yassin pulak..

antara sedar dan tidak.. dah 6 tahun kami beraya tanpa arwah.. al-fatihah.. 

Lepas tu rehat2 sekejap dan pergi ke rumah arwah maklong (nenek labu punya kakak) dan ada tahlil arwah lagi.. kali ni anak2 arwah yang bacakan..

 raya ke-3 pakai baju batik aje.. 

Sebenarnya bukan purposely nak buat baju raya.. baju untuk bawak gi keje hari khamis sebenarnya tu.. kain tu beli masa ada pameran batik kat kompleks kraf masa lepas pantang dulu.. huiiii lama sangat dah tu... simpan terperok dalam almari... tempah sekali dengan baju2 raya, terus declare baju raya la nampaknya..

bersama #doubleNAJ

Tamo amek gambar dengan lagi sorang NAJ sebab dia pakai baju golp.. ai is tak shuke...

yang ini kalau cakap adik beradik pun percaya sangat kan.. 

Najmi & najwa dengan anak2 abang mekchu.. kira sepupu dorang la kan senang cakap.. muka, mata memang sepesen..

Selesai je tahlil, balik rumah nenek labu dan rehat.... basuh baju dan kemas baju.. lipat baju dan iron baju jugak.. isshhh kalau cerita pasal baju ni memang tak kan habis..

Ketahuilah betapa jauh perjalanan setiap helai baju yang kita nampak kat dalam almari tu untuk tiba semula ke dalam almari untuk dipakai semula oleh tuannya.. Oleh itu, sila tarik baju tu elok2 supaya tidak menyakiti hati orang yang menguruskan baju2 tersebut.. *ok ini emosi terlebih..

Baju den bertingkek-tingkek...........

Baru nak luruskan pinggang selepas uruskan baju2, papajib bagi tau ada kawan dia nak datang raya.. melompat turun dari katil dan terus potong bawang.. nak masak sardin..

Setel masak sardin, dorang pun sampai.. lama jugak lah kena tunggu sementara nak goreng kuih kodok pulak..

Ya, menu untuk tetamu di hari raya dan tak hari raya pun tetap kuih kodok cicah sardin.. Ini bukan ikut tekak tetamu, tapi ikut tekak tuan rumah..

Dekat setengah jam jugak dorang tunggu baru dapat makan.. tahu je la mekchu ni kalo ke dapur memang ulit sikit.. tak bleh tengok sinki tu ada pinggan.. tengah menggoreng apa sekali pun, sinki mesti kosong dulu.. dah guna mangkuk terus basuh. dah guna sudu terus basuh..  sebab tu la lambat.... bukan lambat, tapi lembab.. hahaha..

Tengah2 sedap mencicah, nak la gi tambah kuih kodok.. sekali gas habisssssss.. hatta, fairuze & family, ini bukan saje2, ini memang tak nak bagi korang menambah.. hahahaha..

kesian korang.. tak dapat nak menambah.. tak pe, nanti boleh datang lagi.. 

 pe benda ntah menantang ni.. tak ingat pulak nama dia.. tapi melopong la dengar wife hatta cerita. Siapa yang bela haiwan ni memang sangat hebat.. serius.. 

papajib tak payah nak pura2 nak alim gaya sepohon kayu sangat kat situ..nasib dah tukar baju.. bila geng golp dah berjumpa.. time raya pun memasing nak tunjuk skill.. menyampah!

Bila sebut je pasal golp otomatik lemah.. raya2 pun tetap nak main golp.. bukan setakat raya, time puasa hari tu pun tetap ada Juara Ramadhan.. minggu ni Juara Syawal pulak.

Dah la. Ok bai. 


by mekchuN (^_^)

Masalah dan penyelesaian

$
0
0
Masalah :


Dan penyelesaian :


Watch Storage Box 10 slot RM75 beli kat MyDeal..

Lega bijik mata bila semua dah well organize.. 10 slot tak cukup sebab jam abam mi je dah 5 slot.. pas tu cadang nak tambah baby-G lagi.. seronok pulak pakai baby-G pegi opis.. kalau ternampak lagi yang ada jual storage box ni sila maklumkan kepada mekchu ok..


by mekchuN (^_^)

4 Syawal 1434H

$
0
0
Pagi2 dah celik. Siapkan diri. Siapkan budak2.. Bapak budak je yang tak yah siapkan..

Raya ke-4 kan hari Ahad.. Kami nak ke Melaka.. Cepat pergi boleh cepat balik.. Takut jalan jem sebab hari sebelum tu ramai cerita jalan jem.. hohoiiiiii kami ni kalau 5 bijik kereta tak bergerak pun dah declare jem dah.. orang seremban lah katakan.. mana boleh hadap jem..

Pukul 9 semua dah siap..

bergambar kejap sementara semua masih wangi.. 

Baju raya ke-4 adalah dari Jovian Mandagie yang mekchu beli kat Tesco hari tu.. shawl dari baheera Matase Sutera :D

Melaka clean & clear waktu pagi.. ada 3 bijik kereta je yang beratur kat traffic light.. sejam dah sampai Pernu..

hari tu lilit shawl dengan cara yang agak bahaya sebab penuh pin kiri kanan depan belakang.. berharap semoga wawa tak sondol mama dia lebih2 hari tu... 

elok je sampai tol ayer keroh budak kecik ni pun bangun lalu tersengih-sengih..

Ehh kampung kat melaka ni kan, betul2 kat sebelah Petron (dulu Esso) kat simpang Ikan Bakar Umbai tu.. tapi kami idok la tunggu sampai ke malam nak makan ikan bakar pon..

 kat belakang papajib tu simpang Ikan Bakar Umbai.. ok, itu baju raya dia yang terakhir.. 

Rumah kat Melaka ni dekat2 je.. jalan kaki lagi cepat dari naik kereta..

satu rumah dah setel.. menuju ke rumah ke-2 dan ke-3 pulak.. 

Kononnya nak pegi 1 rumah aje.. nanti mintak dorang calling2 yang lain datang kat rumah tu.. so dapat jumpa semua tanpa perlu pegi rumah lain-lain..

Rerupanya kena jugak pegi semua rumah jugak sebab masing2 dah masak bila tahu kami nak datang.. tak syok pulak kalau tak singgah kan..

Kat Melaka ni kampung arwah abah.. Anak2 buah arwah memang rapat ngan kitorang.. Tiap2 tahun pun pegi beraya kat sana.. Tahun lepas je tak pegi sebab mekchu membawa perut.. Dorang yang datang beraya kat rumah kitorang..

echewah,, kitew tayang bag... achummmm...

Jam 11 pagi dah ada di rumah kedua..

 dah susah nak bergambar lagi dah.. abam mi sibuk nak korek hidung..

atau pun gaya ini..

"Haaaa.. nak amek gambar kan... haaaa nak ketiak kiri.... atau kanan...... atau bontot mi....? uuuuuuuuuuuu"

Sabar je la dengan anak yang sorang ni tau..

yang si kecik ni pun dah mula melasak.. habis semua dia teroka..

Di rumah ke-4 kat belakang tu aje.. tapi naik kereta la sebab matahari dah terpacak.. kalo jalan memang basah ketiak kot..

Mereka semua adalah adik beradik.. dan rumah sebelah menyebelah aje.. seronok sangat kalau hari raya atau kenduri kendara.. dah berpantun la pulakkk....

 mee kari ok.. terbaek... tangan suap abam mi tapi mata tetap pandang camera.. multitasking mummy.. hahaha.. 

camera camera jugak.. tapi pengaruh mee kari lagik kuat kot.. panjang hoii muncung tu..

Ohhye.. ke Melaka dengan family akak.. raya ke-4 baru jumpa dia..

Selesai makan, berborak, makan lagi, solat dan mengepam baru lah gerak ke Tesco Melaka tu.. ntah apa nama dia.. Peringit kot.. ada lagi satu rumah..

Bila pakai baju Jovian ni memang mekchu tak bagi direct kat wawa.. risau susu tumpah lalu meninggalkan kesan pada baju itu.. sanggup tu masuk bilik mengepam.. hahaha..

Ok rumah last sakan bergambar... paksa semua bergambar.. kemon!! ini kan hari raya...

 dengan anak buah.. ferra & ameer.. dulu kan masa dorang kecik mekchu lah yang cebok kan yak dorang.. sekarang masing2 dah tinggi melampaui batas... 

Kakak F5 & ameer F4.. 2-2 dok asrama penuh. Jarang dapat jumpa.. malam2 tinggal lah abah & mama dorang.. cenggitu lah mekchu satu hari nanti kalau ada anak 2 orang aje.. nak menambah macam nak tutup buku.. bila nak tutup buku takut sunyi pulak di hari tua kelak..

 dengan cikgu suhaida.. jarang2 kan ada gambar cikgu kat blog ni.. 

dan kami ber-4.. budak2 tu memang tinggi melunjai.. lepas tu halussss aje.. ikut baka orang labu...

Lepas tu....

 alo lo lo.... perasan mak iti sangat bila tengok gambar ni.. achaner nihhhhhh?

Siap bertarik ok nak soh amek gambar... eeeaiiiiiii raya2 pun sibuk main talipon...

haaa... jadik la dapat sekeping.. dah pergi lah main talipon tu balik.. grrrrrrrrrrr...

Wawa ketiduran.. abam mi pulak sibuk menjala ikan..

si pengembala ikan.. lepas tu kan sibuk suruh papa dia beli ikan.. nak bela ikan.. ada la papa dia belikan ikan emas.. tak sampai 2 jam dah mati.. apa tak nya, kejap2 kena sodok dengan tapis.. kejap lagi sodok lagi.. maun nya tak mati kelemasan di udara ikan tu.. 

Kat sana makan nasi impit dengan kuah asam tetel.. pergghhh rasa dia terbaek la... orang melaka masak kuah asam pedas memang lain.. sedap dia lain macam lah... berpinggan2 ku bedal..

Dan begini lah gambar selepas perut senang hati..

Sebenarnya kain tu labuh kemain.. gulung gulung dan gulung tu yang tersembul kat perut.. tu la, mekchu bagi tau tak nak percaya itu bukan perut.. tapi gegelung kain... hahahaha..

melangkah yakin dengan orked dari Jovian Mandagie..

dan yang ini pura2 pandang tepi.. 

Yang ini pulak yang dah edit guna photogrid..


Haaaaa... tu yang malas nak amek banyak gambar tu.. kemain panjang entry...

Fuhhh selesai...

by mekchuN (^_^)

Keluarga Hitam Putih

$
0
0
Di belakang tabir..



Dan di hadapan tabir..


Gambar background putih macam ni memang tak fun!

Love my family walau pun nama kita sorang je yang lain...



by mekchuN (^_^)

3 cara lilitan shawl yang simple dan menjadi kegemaran pegi keje

$
0
0
Mekchu setakat ni memang pakai shawl.. Sebelum mula bertudung lagi dah study cara lilit shawl kat utiub.. hari2 ku tengok.. sampai hafal baru puas hati..

Jadi, kalau nak pegi keje tu harus lah guna cara lilitan paling confiden.. jangan sesekali pagi tu ngko nak cuba cara lilitan baru.. memang terbelit lah jawabnyaaaa....

Cara pertama yang menjadi kegemaran adalah pin di belakang.. Cara ni memang nampak kemas.. Inner tak perlu yang muncung.. inner biasa..




Kalau pin kat belakang, memang depan tak boleh buat muncung.. memang dia akan melekap di dahi.. beruntung lah mekchu yang berdahi jendul dan luas ni.. bila melekap separuh dahu pun masih boleh nampak dahi lagi.. eehhh lebar nya dahi ngko... kahkahkah keturunan......

Yang tak suka bila pin belakang ni...

Anak2 rambut kat atas telinga mudah nak keluar.. mekchu kan rambut licin.. bila lepas cuci tu kan, ya ampun susahnya nak uruskan.. rasa macam nak cukur je anak2 rambut ni.. last2 gi amek gel rambut papajib, ku selak kan anak-anak rambut tu dengan gel tu ke atas... haaa kerassss lah ko di situ.. tak boleh keluar2 lagi..

Lagi satu yang tak best bila pin belakang ni.. nanti shawl kat belah bawah telinga senang nak terkelepet dan berkedut.. kalo tak nak bagi kedut, kena letak peniti.. haaaa tu yg jadi banyak peniti tu.. kalo ada wawa mekchu tak pakai gaya ini.. merbahaya....

Ada lagi yang tak best bila pin belakang ni... leher ko akan kelihatan seperti robot.. sebab nanti sebelah pendek atau panjang akan dibawa ke belakang leher.. jadinya agak mengganggu tolehan ke kiri dan kanan.. bila orang panggil, satu badan kena pusing.. dan agak mengganggu jugak nak bawak keta.. mudah mengalami sakit tengkuk jugak..

Haaaa.. banyak yang tak best dari best pulak ni.. tapi tetap suka cara ini..

Cara kedua : Pin di bawah dagu..

Kalau cara pin bawah dagu ni mekchu akan gunakan bersama inner magic.. Macam-macam kaler ada.. suka sebab bleh wat blocking.. berguna sekiranya tak de kaler shawl yang mecing dengan baju tetapi kaler inner adalah mecing.. hahaha..




Dah kenapa bergambar gaya katak bobok................

Cara pin bawah dagu ni memang selesa.. sebab tak mengganggu pergerakan leher.. paling pantas nak siap.. cuma mekchu tak suka ada pin bawah dagu sebab gatal2 nok...

Cara ketiga : Pin celah rahang.. 

Ok, baru tahu rahang tak de celah... hahaha..

Cara ni baru sekali try dan walaweiii.. paling mudah dan menepati citarasa.. bawah dagu tak gatal.. belakang leher pun tak terganggu..

gambar ni.. hahahaha.. pada mata kasar memang nampak ok ok belaka.. 

Sebaliknya ce tengok betul2.. lilitan kat belah atas tu dah jatuh.. tu nampak dah terkulai pada pin tu aje.. instagram memang akan menampak kan diri tu cun cun dan manis manis belaka..

Dah sampai kat meja baru perasan.. derrrrrr tudung dah terkulai.. lupa nak pin sebelah kiri kepala.. punya lah konfiden dalam lif tadi.. hahahaha..

Ok, sampai meja benda pertama yang dibuat adalah capai cermin.. kalo dulu sikat rambut.. sekarang betulkan shawl.. orang sebelah hari2 dok menjeling.. mihmihmihmih...


Lagi satu suka sebab bleh buat gaya hoodie yang terlebih kat bawah dagu tu tanpa perlu guna inner neck.. alaaa apa ntah nama gaya tu.. tak tahu..

Ramai yang minta mekchu buat tutorial.. honestly mekchu darah gemuruh nak buat tutorial lilit shawl.. ku tak pandai dan tak layak untuk otai2 semua... Cukup lah setakat tunjuk gambar apa beza hasil daripada cara lilitan shawl ok..

Mekchu memang belajar kat youtube semata.. tak de adik, kakak, sepupu, sepapat yang ajar pun.. from zero.. dan masih terkepit-kepit lagi.. belum terror pun lagi...

Kita sama-sama belajar ok..


by mekchuN (^_^)

Perhimpunan tema merdeka

Raya selepas 4 Syawal punya cerita

$
0
0
Tak abis2 lagi entry raya dia..

Tat kala orang lain dah masuk kerja, kami pun pura2 pergi kerja jugak.. Pura2 kepada anak2 je la.. sebab kena tinggalkan dorang kat rumah nenek labu.. Kitorang nak balik kemas rumah seremban... memang tak boleh bawak budak2 tu.. nanti tak siap keje haku dok melayan kerenah masing2..

Sebulan jugak tak balik tido2 kat rumah sendiri.. Bulan puasa biasa la kan.. time weekend memang tak sempat balik sana.. bila lunch hari Jumaat tu ada jugak balik membuta sekejap...

So membibik kan diri di hari raya ke-5... mengemop.. mengelap.. mencuci.. mengvakum.. habuk rumah den bertingkek-tingkek.........

Tengah ku asyik mengvakum bilik belakang (nasib hall dah berkilat), sampai lah alfio dan family yang kebetulan ada kat seremban masa tu..

Dapur memang tak de apa la.. dlm peties tu semua pun dah expired.. Roti canai dan teh tarik mapley adalah penyelesaiannya... Kesian dorang datang beraya makan roti canai aje..

curik gambar ig @alfio.. adranur dalam bilik abam mi yang dah 3 tahun tak siap2.. ehhhh cantik pulak artwork tu kan papajib... walau pun ketapi jalan di atas jalan raya.. 

thanks korang sudi singgah.. sorry hidangkan menu mapley aje.. 

Tu papajib baru balik men golp.. raya ke-5 dah jejak kaki ke padang golp uols.. Walau bagaimana pun, mekchu tetap tinggalkan keje lap kipas dan basuh hall depan untuk dia...

Lepas dorang balik, sambung semula sedut habuk.. menjelang 6 petang rumah kami dah berkilattttt.. silau ok..

mereka berhak untuk makannnn banyak pada hari itu... 

Jadi kisah raya ke-5 adalah kisah bersihkan rumah semata..

Raya ke-6? errmmm jap nak tengok gambar dalam folder apa yang jadi pada hari tersebut :D

Malam tu dah boleh bawak budak2 balik rumah seremban dah.. Bila rumah dah bersih baru lah tak risau bawak dorang.. kalo tak sia2 anak2 semput sebab banyak sedut habuk..

Raya ke-6 plan nak pegi beraya kat rumah kawan2 area seremban yang masih bercuti..

dah ready nak beraya kat seremban pulak.

kitorang dah siap lama dah.. tunggu papajib pegi mana ntah pagi tu.. driving range ke apa ntah.. 

 mood abang mi yg sangat baik hari tu.. dia yang volunter soh kami posing.. kiri sikit mama.. rapat sikit papa


nyawa

Menuju ke rumah geng bas sekolah mekchu yang baru dapat baby.. tak sempat2 nak melawat bulan puasa.. terus datang beraya sekali la jawabnyaaa...

disebebkan wawa sengih, so mama baik hati letak gambar ni.. 

baby farisha.. finally dapat gegirl dah ada gang.. alhamdulillah dah selamat keluar baby yang sporting duduk dalam perut masa pegi baby expo hari tu.. 

Ehhh intan, tak de pun gambar kita kan.. tu la sibuk sangat berborak.. Lepas tu beraya kat 2 buah rumah lagi.. memang gamble redah sesiapa yang ada kat rumah..

Malam tu kawan2 papajib nak datang.. kocoh2 beli barang2 nak buat pizza.. selain kuih kodok cicah sardin, mekchu juga pandai membuat pizza.. Dah itu 2 je menu yang haku pandai pon...

Beli barang2 semua.. roti pizza je yang tak jumpa.. singgah giant gi carik sebab kedai kek biasa beli tu dah abis.. tak pe, test beli kat giant lak..

rupa roti pizza yang jumpa kat giant.. membeli dalam tempoh kurang dari 15 minit dah tiba semula kat kereta.. 

So bila kawan2 semua dah sampai mekchu pun prung prang.. prung prang kat dapor.. begitu konfiden siapkan bahan2 pizza..

Sekali... sekali............. dah siap-siap tumis bahan2 nak letak atas pizza ni.. kemain banyak letak ayam hotdog siap capsicum.. sekali.........

bukak2 je kotak pizza tu, ku lihat roti ni dah hancur lebur macam tu.. 

Penik!! ohh peluh jantan dah mula menitik... Berderai lah air mata ngko kat situ nak masak apa untuk tetamu..

Shima (baju ghimau) masuk dapur dan menyelamatkan keadaan..

Apa ku nak buat dengan hasil tumisan tu.. nak buat nasi goreng beras pun tak de...

"Kak, meh sini topung akak.. meh nima buat kuih kodok...tak de hal punya niiiii..."  ~ ohh shima memang penyelamat keadaan.. dah banyak kali sebenarnya..

Lepas tu yan pulak masuk dapur.. lepas tu enda sampai dia pun masuk dapur..

Sudahnya tuan rumah jadi tetamu :)

Fuhhhh... bukan setakat kuih kodok ayam, siap ada cendawan goreng dengan tepung megik dan nugget lagi.. terbaekkk lah korang... hahahaha susah nak carik suasana hari raya macam ni...

Tatau lah nak cakap.. nasib baik tetamu budak2 ni aje. dah tentu sempoi.. kalo dapat tetamu yang cerewet, habis di pangkah rumah ko tak nak datang lagi...

Cemana ntah nak hilangkan darah gemuruh bila masuk dapur..


by mekchuN (^_^)

Buang tebiat mekap2 kat opis

$
0
0
Opismate nak cuba try test mekap dia yang baru beli online.. Nak test mekap tu lekat ke tidak, kaler cantik ke tidak.. Dengar je nak test mekap terus laju2 volunter nak jadi model..

Ismy (opismate) yang serba boleh.. dari memasak, memekap semua pun dia hebat..

Sebelum.


Semasa..


Dan selepas...


Nampak beza ke idok?

Semua mesti jawab YAAAAAAA beramai-ramai kan... Mekchu kan jarang mekap2 ni.. sesekali kena tenyeh macam tu harus la nampak lain..

Nah ni ada lagi..


Bila dah cantik2 (cantik kerrrrrr?), abis keje terus balik rumah.. tak de pulak yang menjemput makan2 raya petang tu..

Teringin nak mekap2 pegi opis.. Agaknya kalo nak mekap cenggini kan, pukul berapa kena bangun erk? nampak senang je bila ismy mekapkan.. 10 minit je kot siappppp... kalo mekchu, kena mekap malam, pas tu bawak tido.. pagi tu tinggal panaskan aje... hahahahaha.....


by mekchuN (^_^)

Golfing edisi Bapak borek, anak rintik, mama pengorek..

$
0
0
Orang tua-tua kata, kalau anak dah minat dengan sesuatu yang baik tu ibu bapa kena la bagi sokongan moral..

Sejak dah ada set golf sendiri ni kemain suka lak abam mi ajak papa dia gi driving range.. Setakat ni bermain golf bukan lah sesuatu yang baik pada mekchu sehingga lah........... sehingga bila erk??? Mungkin sehingga mekchu dapat hadiah tiket ke Dubai.. atau kunci rumah banglow 8 bilik.. atau kereta yang menjalar...

Ya, selepas itu baru lah ku akan kategorikan golf adalah sukan yang bagus.. buat masa ni masih tak bagus.. Masih.

Kesian pulak bila abam mi beria ajak mekchu pegi tengok dia pukul bola.. paling kesian bila suruh bawak adik sekali.. dia kata adik mesti suka tengak abang pukul bola..

"Mama, jom la mama tengok mi pukul bola"
"Abang dah terror ke?"
"Dah... sebab tu mi ajak mama.. bawak adik sekali ehhh..."

Begitu konfiden sekali dia menjawab dah terror.. Ye la, berangkut lah budak kecik tu kat driving range rasah kemayan petang tu..

Hujan kot abang.. sedap ni kalo buat taik mata..........


3 bakul jugak 2 beranak tu pukul.. lama jugak kot kena tunggu...

Bisik dengan abam mi suruh dia pukul 2 bijik sekali gus.. senang cepat habis.. Lepas tu buat2 marah "abangggggggg... kenapa pukul sekali 2 bijik niiii.... tak baik...." pandai kan aii berlakon...

 pakai tracksuit pun layan.. ada jugak bola tersesat pegi kat kedai repair mesin basuh kat sebelah tu.. pandang belah kanan, bila pukul bola pegi belah kiri.. kagum.....

kalau betul abang minat, teruskan.. tapi pastikan bila balik main golf jangan jadi legam ok..

sesi tunrunkan ilmu..

pakaikan wawa stokin baru.. 

Mekchu ada record instagram video jugak.. tapi tatau macam mana nak share kat blog ni.. kalo gambar mmg senang je nak copy image location.. video instagram masih tatau cara lagi.. ehh kalo tau sila habaq mai sini ok..

So dok berulang-ulang la tengok video tu sebab lucu kot.. tatau apa papajib cakap masa ajar abam mi..

Bila anak pukul sekali dia cakap aaaaaaaaa... pitih.... 
Anak pukul bola lagi dia cakap aaaaaaa pitihhhhhh lagi.... kahkahkah..
Dah nampak anak akan bawak balik pitih besar letew... tapi agak2 la sambil mengajar, sambil berpitih... hahahaha...

Kalo nak tengok search id instagram mekchu @churalliya

Video dari keek ni je yang boleh share kat sini.. Nahhhh tengok keek bapak borek, anak rintik, mama pengorek ni...



Sekian.

by mekchuN (^_^)

Langsung dari Bandung

$
0
0

Tipu... mekchu dan family dah selamat sampai rumah nenek labu pun.

Memang ada niat dlm hati nak update blog dgn buat tajuk gitu dari sana. Tapi talipon tak roaming, harapkan simpati wifi hotel je.. Bila dah sampai hotel badan pulak penat. Nak reply komen instagram pun boleh terlelap.. sedar2 masa wawa mintak susu talipon atas perut lagi dan sambung mereply komen yg tak abis..

Niat dlm hati (niat lagi) nak update entry bandung. Tapi ada ke org nak baca sebab majoriti dah pernah sampai sana.. tak pe la, niat pun dah dpt pahala kan (^_^)

Bandung-an

$
0
0
Percutian kali ni bukan mekchu yang plan.. semua ni kerja papajib dan kawan dia.. selalu kami akan bercuti ketika menjelang hari istimewa.. tapi ini tak de sempena apa2 hari pun, tiba2 dia nak bawak bini & anak2 gi Bandung.. mungkin ada cili di celah gigi... ehemmm mekchu dah tahu apa sebab papajib sangat baik hati..

Nak tahu? nanti mekchu cerita.. dia ala2 aaron ajis jugak laa.. amek hati bini dan anak2 dulu sebelum pegi jalan jauh.. tapi aaron ajis pegi bawak bini oiiii...

Ok, mari niatkan dalam hati entry Bandung ini adalah untuk berkongsi pengalaman untuk semua reader.. bukan untuk menunjuk.. tak gitu puan anony?

Secara jujur mekchu memang google entry kawan2 yang dah ke Bandung.. memang membantu.. ehhh memang sangat sangat membantu lah.. tiada isu nak menunjuk rasanya.. korang kalo nak bercuti tak kan main redah je kan.. sure buat homework dulu sebelum pegi.. kat mana nak carik? entry kawannnnnn2 jugak..

Dah, membebel pun panjang pun tak guna.. niat tu yang penting kan mr.anony?

aaaaaaaaa... 

Oleh itu mekchu mulakan entry Day 1 nanti-nanti...


by mekchuN (^_^)

Saya dan camera

$
0
0
Susah jugak nak mula kan kisah Bandung.. nak karang entry bukan nya senang.. kena pikir cara yang terbaik supaya kawan2 boleh senang paham dan rujuk.. tapi belakang kena tuduh nak menunjuk pulak..

Apa2 aje la..

Entry ringan2 ni jugak yang mekchu publish dulu.. A ahh nak menunjuk baju baru bandung tapi tak nampak pulak pakai blazer..

posing nak amek gambar opis katanya... 

 saya nak pandang bawah macam ni boleh tak?

Lepas je snap sekeping, terus...

 nak tengok.. nak tengok.. 

kalau ikutkan hati nak je suruh izwan amek gambar lagi sampai penuh kan memory card.. pas tu sendiri pening nak pilih.. tapi ramai lagi kot kat luar tu beratur nak amek gambar.. 

Gambar finale? tok sah la tunjuk sini..

Ehhh perasan tak header baru mekchu? perasan tak?


by mekchuN (^_^)

Bandung Day 1 : Trans Studio, Fave Hotel dan The Valley

$
0
0
Malam tu budak2 sangat memberikan kerjasama.. awal2 lagi dorang dah tido.. senang nak packing barang.. tak de orang nak kacau.. tapi tetap berejam-rejam packing... rasa macam nak bawak 1 rumah!

Flight kita kol bape papa?
6 setengah
Kita nak gerak dari rumah kol bape papa?
4 setengah
Kita nak tido kol bape papa?
10 setengah

Hahahaha.. nan hado tido.. kejap2 jaga tengok jam takut abis bateri :)

Seribu satu pengalaman baru bila bawak najmi dan najwa berjalan jauh.. tapi kalau tanpa pengalaman, kita tak tahu sejauh mana kemampuan kita dan kenakalan anak2 kita kan.. Ini sebagai tiket untuk pergi lebih jauh lepas ni.. Cehhh ayat pancing papajib baik punya..

Sampai LCCT awal jugak.. tapi nak uruskan bag tu yg makan masa sikit.. rupanya luggage tak sekali dengan boarding pass.. balik pun sama.. patut lah tiket murah. So pegi topup luggage untuk balik nanti siap2 kat sana.. kalau bayar kat kaunter memang cekik darah..

 kami pergi dengan 2 bag sahaja.. isi separuh penuh dan separuh kosong.. dalam bag merah tu ada bag  lagi...


1st time naik air asia keluar Malaysia.. Turun naik tangga baru lah sampai kat boarding gate.. tengok2 seat semua dah kosong.. Staff kat situ bagi tau dorang memang tengah tunggu kami berempat je.. tak sempat duduk pon.. Lepas tu flight nya nuunnnnnn jauh kat hujung sana.. Merasa la kami berjogging kat LCCT di awal pagi.. sampai je seat masing2 bernafas macam kerbau jantan.. pftttttt!!! baik jogging sampai Bandung terus!

 macam tak sangka papa bawak kami jalan2 jauh.. 

budak ni paling excited.. dia jugak paling nakal.. 

Semua nak buat sendiri... siikit pun tak takut.. paling suka masa landing sebab flight tu melantun.. boleh dia gelak kuat2.. dia tatau mama dia kecut2 perut kat sebelah..

Lepas 2 jam setengah selamat dah kami jejak bumi Bandung... Masa kat sana lewat satu jam dari masa kita.. Korang tak yah tukar jam kat tangan.. tolak je 1 jam..

Sila jangan terkejut dengan airport Bandung.. alahai kecik aje.. kalau dah jumpa toilet sila buang terus.. jangan nak simpan2 untuk toilet seterusnya sebab memang tak jumpa lagi dah...

pak supir kami sepanjang 4 hari.. mula2 ingatkan ariel peterpan buat part time :)

sampai jam 8.00 pagi masa sana.. kita rasa dah lama siang, tapi dorang baru nak mulakan aktiviti...

Terus minta pak supir bawak gi minum.. walau pun dah melantak nasi lemak dalam flight, tapi tak puas sebab tetap nak carik nescafe..

Sekali pak supir bawak kami ke Kartika Sari.. rasa2nya kawan2 ada bagi tau Kartika Sari kena pegi hari last.. rupanya pak supir suruh kami minum kat cafe sana.. Tapi malangnya tutup lagi.. bukak jam 9.30 pagi dan waktu tu baru jam 9 pagi..


Buat apa kat Kartika Sari?

Beli menan abam mi ajer... Abam mi ni kan................ kat sana pun dia paw mainan.. satu kotak mainan dia saje...

budak ni jugak yang baik.. tak banyak ragam.. tak mandi pagi pun relek je dia.. 

Malam tu siap2 pakaikan wawa baju jalan.. pagi tu tinggal tukarkan pampers aje.. Tak mandikan pun sebab tak sampai hati nak mandikan dia pukul 4 pagi..

Disebabkan cafe Kartika Sari belum bukak, kami minta pak supir hantar ke Trans Studio je... oyye, kami di Bandung ni free & easy.. Bawak budak memang tak sesuai kalo nak ikut travel agent.. Lagi pun Bandung ramai yang dah pegi.. So sedikit sebanyak dah boleh bayangkan dan boleh buat plan sendiri..

Sampai sana pun kaunter belum bukak lagi.. gelojoh kan orang Malaysia ni.. pagi2 dah terpacak.. Ye la, pelik jam tangan dah pukul 10.30 pagi tapi semua belum bukak lagi :) Nak kerja ke tak nak dorang ni..

Sudahnya bergambar je dulu...

si gemok pujaan ramai.. 

gambar 4 orang kat depan ni ada.. tak nak letak sebab mekchu tak cun! hahaha

Tapi kami tak masuk pun dalam Trans Studio ni.. Kenapa tak masuk? haaaaaa ninnn diaaaa...

tak sanggup kot nak redah lautan budak2 sekolah ni.. ada la dalam 5-6 bijik bas sampai.. 

Kami rela tak masuk daripada masuk sambil muncung sedepa... kalo dah ramai2 ni kita pun boleh jadi tension.. belum tension layan perangai abam mi lagi...

Bila orang tanya dah sampai Trans Studio? Laju2 kami akan jawab DAHHHHHHH :)

Bila orang tanya lagi, apa yang best kat Trans Studio? Kami akan jawab blueberry muffin dia.. hahahaha..

kat malaysia pun mekchu tak pernah makan muffin nih.. terasa sedap berlipat kali ganda bila makan kat Bandung.. 

bersungguh ku menyonyot..

Selesai je sarapan jam kita dah pukul 10.30 pagi.. lama lagi nak check-in hotel.. Sudahnya habiskan masa kat dalam mall dia aje.. Lama jugak kat dalam mall tu.. Mall ni biasa2 aje.. tak yah masuk pun tak pe.. tapi kitorang nak habiskan masa punya pasal..


Plan nak ke mana dulu, mana kendian semua mekchu pas kat papajib.. tugas mekchu carik link entry Bandung yang best2 pas tu suruh papajib study... hari 1st memang tiada sebarang perancangan rupanya.. ok, kita ikut aje..

Jalan2 dalam mall sampai penat.. papajib belum apa2 dia dah membeli t-shirt kat dalam tu dan mekchu pulak baru nak belajar convert rupiah ke rm.. cuak pulak bila nampak banyak sgt angka kosong kat tag harga tu.. Jalan sampai kaki lenguh baru lah tiba masa untuk check-in hotel..

Tak sabar nak balik hotel.. badan rasa tak selesa.. kita yang dah mandi pukul 4 pagi ni pun tak selesa, ini kan pulak budak2 tu..

Kami stay di Fave Hotel.. berapa rate semua mekchu tak boleh nak bantu sebab tak tahu... yang penting kami upgrade dari bilik standard ke bilik executive.. Baru lah legaaaaaa nak tambah extra bed..

tema hotel adalah pink dan purple.. 

 bagi kawan2 yang tak berapa kisah dengan lantai tiada carpet, dengan pemandangan, dengan toilet... mekchu boleh rekemenkan hotel ni.. tapi bagi mereka yang mementingkan ciri2 tersebut, hotel ni tak sesuai kot..

pemandangan adalah atap2 rumah setinggan aje.. toilet pun tiada tab.. tapi bagi kami dari golongan sederhana ni, hotel ni dah cukup sempurna dah.. 

kat sana asyik belasah megi je abam mi ni.. sampai kena sorok kan.. 

Petang rehatkan badan.. bukan penat apa pun.. penat sebab tak dapat shopping lagi kot..

Jam 8.00 malam dah janji ngan pak supir nak pegi makan di The Valley. Tempat makan yang sangat-sangat best.. jalan nak menghala ke sana agak mengerikan jugak.. naik cerun bukit, jalan dia alahai..... muat2 satu kereta je.. kalau bertembung dengan kereta dari depan, mekchu dah katup mata siap2.. kecut perut haku....

Tempat ni atas bukit.. pemandangan yang sangat cantik.. tp camera tak cantik, so tak dapat lah nak tunjuk suasana malam yang cantik tu kat korang..

 tu kat bawah tu nampak tak lampu2 rumah orang? tinggi tau tempat ni.. sejukkkkk sangat2.. kalau nak datang sini elok bawak baju sejuk.. memang gigil... 

Kitorang tak jadi makan tepi tu.. sebab kesian budak2 sejuk.. tukar tempat makan kat dalam... lain lah kalau datang berdua.. memang seronok feeling romantik-romantik kat situ.. Kalau cakap sejuk mesti boipren akan sarungkan baju sejuk dia kat korang.. dorang sejuk menggigil pun tak pe janji gelpren dia selesa... kannnn...

Hahahaha.. bukan apa, terberangan pulak.. bila sampai je tempat tu kan terus terbayang... Ehhh best nya kalau papajib ajak makan kat sini masa cinta cintun dulu.. lepas tu diakhiri dengan ayat "sudikah su menjadi teman hidup den?" hahahahaha...  tapi masa tu masing2 tak berduit nak pegi makan kat The Valley ni.. melamar kat atas Menara Alor Star pun buleh...... (^_^)

kami.. setelah 9 tahun di lamar.. hahahaha.. 

kat sana memang tak de lampu kalimantang langsung.. semua guna lampu juntai2 kat pokok dan lilin.. bila nak makan tu kan, macam orang rabun jugak laa... 

 abam mi makan sup buntut.. sedap sangat weiii sup buntut dia.... mama dia tukang abiskan.. 

 ni mekchu punya.. nasi padkaw.. macam2 ada dalam set tu.. memang kenyang melampau.. 

ni pulak pilihan papajib.. nasi apa ntah.. siap ada bandera malaysia.. 

suapkan wawa nasi dengan sup.. hahaha silau flash ye dik.. 

Lepas makan, boleh jalan2 kat situ..

ni tempat makan kat belah bawah... siapa kulit kebal boleh la makan kat sini.. 

Oyye, dah nak abis cerita lupa lak nak perkenalkan family azuan- opismate papajib.. kami pergi 2 family.. dorang pun bawak 2 orang anak, adam & am.. Abam mi happy sebab ada kawan.. Kejap kawan, selebihnya gaduh..

 bergambar ramai2... tak banyak pun gambar kami ramai2.. \

 serius tak larat dengan abam mi ni.. kan banyak lilin kat sana.. asyik nak membakar aje keje nyaaaa.. sekali jerit sekali tumbuh kedut kat muka mama ni.. haishhhh...

abaikan abam mi yang merajuk tu.. susah bebenor nak ajak bergambar.. rasa macam tak nak balik sebab tempat tu sangat best..

Tak ke mana lagi dah.. terus balik hotel untuk siapkan diri hari ke-2... Dan hari ke-2 percutian baru bermula..

Nota Kaki:
1. Kalau datang Bandung untuk shopping, tak payah masuk kan Trans Studio dalam list korang.. Sebab dia Indoor Theme Park je..
2. The Valley memang wajib pegi.. Kalau ada plan nak proposed atau celebrate annivesary tu, alahai lagi lah wajib pegi..
3. Sila baca menu betul2 sebab hanya berpandukan cahaya lilin kan.. Sup buntut datang dengan set yang ada nasi.. make sure jangan terlebih order pulak..
4. Sila bawak baju sejuk kalau ke The Valley

*baru dapat momentum nak update

by mekchuN (^_^)

Bandung Day 2 (Part I) : Pasar Baru, Toko Tiga & Diaz

$
0
0
Baju kami di hari ke-2.. Tak puas berdondon masa raya hari tu.. 

baju kami bertiga dari uniqlo.. wawa nya tak de size.. carik kat poney nasib ada..

Breakfast asing-asing.. Papajib pegi ngan abam mi dulu.. Dorang balik bilik baru mekchu breakfast pulak sebab gilir2 jaga wawa.. Wawa mekchu dah bagi makan bubur.. Masak guna slow cooker pinjam faridah (opismate) punya..

Kepada yang bawak anak yang masih baby, sila fikirkan makanan anak ketika di sana.. Jangan bagi makan makanan sembarangan sebab takut sakit perut.. Mekhu gigih angkut slow cooker dari rumah.. Siap bawak beras, ikan bilis blend & bawang goreng.. eelleehhhh, bunyi macam terror je kan.. itu pun last minute nasib faridah yang ingatkan.. hahahaha... gaya cerita mestilah kena hebat..

pantang nampak.. pantang nampak cermin!

lemon cafe.. menu dia light2 aje.. boleh sangat kalo nak alas perut sampai tengah hari..

3-3 hari pun breakfast makan nasi.. siap ada lauk ayam ngan sayur lagi.. memang dia suruh makan banyak2 untuk tenaga shopping ni.. 

Lepas tu balik bilik semula.. Tengok2 comel pulak 2 beranak ni pakai baju sama.. seluar pun ala2..

mekchu letak gambar ni sebab wawa sengih..

kat lobi sementara tunggu pak supir.. kemain abam mi peluk adam.. sekejap je baik nya tu...

Destinasi pertama pada hari ke-2 adalah Pasar Baru.. Tempat yang semua WAJIB pegi kalau ke Bandung.. entry kawan2 pergi Bandung tak sah kalau tak de cerita pasal Pasar Baru ni kan.. So mekchu cerita ala-ala aje la :)

Pak supir terus bawa kami parking kat atas sekali.. kat sana dah ada reserve parking untuk van2 pelancong rasanya.. wahhhhh kemain tak nak kalah gelar diri tu pelancong.. hahaha.. ye la, betul la tu kan...

Kereta lain tak bleh masuk, yang tertentu je bleh parking situ.. turun2 je kereta depan tu aje ada kedai Sir Chinta kalau tak salah namanya.. kalo tak nak masuk dalam Pasar Baru, shopping kat situ pun dah boleh dapat segala..

kemain masam.... dah mula start enjin nak berperangai la tuh!!

Gambar abam mi ngan adam tu la depan kedai Sir Chinta tu.. kedai nya memang kat parking lot.

Tapi biasala kan, dah datang jauh2 nak la jugak masuk tengok dengan mata kepala sendiri apa yang best dalam Pasar Baru tu... kitorang tak beli pun kat kedai Sir Chinta tu.. eksennnn....

Ni gambar2 kat dalam kedai tu..

feeling anak2 remaja pulak bila pakai converse dan baby-G ni.. hahaha melampau sangat nak feeling gitu... 

cantik2 sangat kain sulam dia... tu blouse aisyah pegang tu pun sangat cantik tapi mekchu tak beli sbb tak de idea nak pakai dengan inner apa.. 

haaa... kan betul.. baru kedai pertama abam mi dah buat hal.. gaduh dengan adam.. tengok je la aksi refree yang mengawal keadaan.. silap tak bawak wisel je...

Memang tak tenang nak memilih... geram je dengan perangai abam mi tu.. dia memang menguji kesabaran mak pak dia yang setebal kapas ni... sebab tu la mainan dia banyak masa kat sana.. belikan mainan, baru la ok dalam setengah jam macam tu.. masa beharga tu kena cepat2 setelkan apa yang patut.. rasuahkan anak perlu dalam keadaan terdesak..

Walau bagaimana pun, tetap bersyukur sebab wawa tido masa sampai tu..

Kami di bawa oleh seorang yang ala2 tourist guide untuk masuk ke dalam Pasar Baru tu.. senang! cakap je ngan dia nak pegi kedai apa.. fokus pada tujuan kita nak beli apa kat dalam tu.. Ya, korang kena ada matlamat siap2 nak beli apa.. nak beli banyak mana.. kalau tak salah 12 tingkat kot.. tak sanggup rasanya kalo nak jalan setiap tingkat..

Mula2 mintak dia bawak gi kedai kain ela sulam.. kena spesific kedai kain ela lace atau sulam ok.. so terus dia bawa kami tuju ke kedai tersebut tanpa perlu membuang masa.. Kalau survey sendiri mau sampai ke malam kot.. tak kiralah dia dapat komisyen bawak kat kedai tu ke apa, janji kain tu cantik, berkualiti dan murah... paling penting dapat jimat masa dan tenaga dan emosi juga...

Mekchu memang tak de survey langsung masa beli kain tu.. kedai yang dia bawak tu, situ lah mekchu beli.. sebab kalau survey pun lebih kurang sama je kot harganya.. dalam keadaan Pasar Baru yang sempit, nak tolak storeller anak lagi, nak melayan karenah abam mi lagi.. phewwwww memang menduga..

nampak 4 tangan sedang memegang sesuatu? tak ingat entah apa yang direbutkan masa ni.. tu azuan & asiyah pulak yang tolong meredakan budak2 tu.. 

Kat sana kan, penjual siap2 bagi tau harga dalam RM.. hahaha macam paham2 aje mekchu ni lemah operasi bahagi.. susah kot nak bahagi 3.. hahaha.. tapi kalau darab mekchu terror.. macam duit HKD tak de masalah nak darab 2.5.. tapi bahagi ni adoiiii.. lemah! Mesti tanya semula penjual tu berapa RM.. sila jangan nak pura2 pandai convert kepada RM.. tanya aje berapa RM.. kalo dia nak kata kita sengal pun dia bukan tau gaji kita banyak mana.. hahaha..

Kalau korang nak pegi, sila bawa culculator kecik dan letak dalam bag... sebab kalau guna henfon nak convert bahaya kot.. kat sana ramai pencopet.. kalau bawak sling bag, sila pendekkan tali dan lekapkan betul2 di perut korang.. mekchu tak suka guna culculator ni sebab rasa nampak sangat lemah matematik.. dah bengap, lagi tak nak mengaku.. hahahaha..

Bila korang sibuk2 membeli kan, nanti datang lah penjual2 FM, keychain, bag2 kecik ni semua.. Kalo tak mo beli jangan dilayan! Kalo dah start tanya berapa nak kurang harga semua, memang dia akan ikut bontot korang kemana-mana selagi tak beli.. haaaaaa kalau nak beli FM, boleh beli ngan dorang ni.. murah jugak..

Harga kain? Kain sulam dia memang murah nok... gila2 mak membeli.. sehelai dalam RM30 je kot.. cantik2 pulak tu.. mekchu pilih yang cotton aje.. dan plain.. senang nak mecing ngan tudung..

Setel kedai kain, mintak tourist guide bawak gi kedai telekung pulak..again fokus pada matlamat :)

terus membeli kat sini.. 

Telekung pun murah.. pun pilih yang cotton dan sulam cantik2 tapi murah.. sila tawar harga kalau beli banyak.. konpem dorang bagi..

Yang paling mekchu suka shopping kat Bandung ni apa tau.. dorang tak kedekut kerusi.. walau kedai kecik macam mana pun tetap disediakan kerusi.. papajib kata itu kerusi untuk golongan lelaki.. hahahaha..

Setel membeli telekung bangun dah si kecik ni.. abang dia lah yang kacau.. bila budak tu dah bangun puas la hati dia... grrrrrrrr......... bukan dia yang nak jaga.. saje dengki tengok adik tido..

Kain telekung, kain ela semua pas kat tourist guide tolong bawak kan.. senang tak yah berbondong-bondong nak seret semua..

 elok je lepas amek gambar ni abam mi gi ketuk adik dia.. bila tido dia kejutkan, bila diam dia nangiskan..

Masa untuk merasuah lagi.. dia memang suka baju otromen ni.. macam la kat tesco tak de kan..

kemain ngko memilih.. sikit pun mama & papa tak buat perangai.. 

Tak lama sangat pun dalam ni.. Masuk dalam 5 kedai je kot.. adam dengan am pun dah mula berperangai jugak.. jadi sebelum keadaan lebih teruk, kami tamatkan kisah shopping di Pasar Baru ni..

Seterusnya kami ke Toko Tiga.. lagi satu tempat yang biasa dengar dari kawan2 yang dah ke Bandung.. apa yang best?


Kat dalam Toko Tiga memang penuh dengan jeans semata.. Sesiapa yang plan nak beli jeans boleh la pegi.. tapi harga dia sama je kot.. tak de la murah sangat.. papajib lah yang bagi tau.. mekchu ada jugak belek2 tag harga, tapi setakat belek dan tenung aje.. nak convert banyak2 kosong kat belakang tu ku tak pandai.. hahaha.. selebihnya jaga anak je kat dalam tu.. bagi peluang papajib yang shopping..

 sampai2 je terus bergambar sini..

Haaaaaaa.. kat sini lah dorang amek gambar paaa...

Terbayang gambar kawan2 kat depan air mengalir kat dinding macam ni... sekali salah! rupanya gambar korang tu kat depan Rumah Mode.. tak pe kita belajar dari kesilapan..

pusing kiri jeans, kanan pun jeans.. ada jual t-shirt dan kemeja macam kitorang pakai tu jugak.. tapi kain tak sedap pakai sebab panas.. uniqlo jugak yang terbaik.. ehh promote apa hal?

Kat tingkat atas adalah bahagian perempuan dan budak2.. mekchu tak de selera sangat nak membeli.. design tak secantik mana pon.. biasa-biasa aje.. dan bukan keperluan sangat nak carik seluar buat masa ni (ayat cover). Kalau ayat sebenar macam ni seluar den kat rumah tu dah bertingkek-tingkek.. huhuhu..

ehhh kitorang memang plan tak nak pandang camera.. papa ni spoil gambar laaa... (^_^) 

 tempat rehat memang banyak.. tak de masalah sementara nak tunggu suami shopping.. ehhh? 

Memang betul tau... papajib tu yang shopping gila2 kat Bandung.. mekchu kalo orang dah lawan tokeh ni, terus terasa down.. hahaha...

wawa & am tengah diskas esok nak deting kat mana.. 

nak pulak abam mi senyum.. patut lah aisyah beria bagi tau ada gambar abam mi senyum nampak gigi.. gambar memang banyak guna henfon dorang.. lepas tu send kat wassap.. 

Memang bawak camera compact.. tapi tak guna sangat pon.. bila tak pakai flash mula la gambar kelabu.. sudahnya guna talipon aje.. lagi clear gambarnya.. nasib tak angkut camera moncong panjang.. ehhh haku ada kerrrr???


Keluar dengan 1 pastik bag aje.. papajib beli selai t-shirt sebagai syarat dah sampai sana... So, berbalik kepada persoalan apa yang best di Toko Tiga? Jawapan dia tak best...

Seterusnya... masuk2 je e van (ke nak panggil kereta erk? Hari 1st dan 2nd kami naik Suzuki MPV.. ngam2 untuk 2 family..) papajib wakilkan mekchu suarakan keinginan nak pegi Handbag Factory kepada pak supir.. pandai2 lah pak supir bawak kitorang.. Maka dia pun bawak lah kami ke Diaz ni..

nasib ada gambar nama kedai ni.. kalau tak, sah2 mekchu tak ingat nama dia..

laju betul pompuan ni keluar kereta.. dengar aje handbag factory, memang terus berdesup...

Handbag, kasut memang berlambak.. sekali scan kalau mata tu tak berhenti menelek makna dia memang tak de jodoh la tu.. tak de yang berkenan... mata mekchu ni kalau sekali tengok dan terus menangkap, memang dah terbekenan la tu.. tapi ini tidak..

Menghampakan.. korang tak perlu ke sini..

Kenapa semua pun tak best? adaaaaa.... adaaaaaa banyak lagi tempat yang best nak share.. tapi urat leher dan urat belikat ku dah sakit... pohon permisi dulu ya buk!

*bakal bersambung

Nota kaki :
1. Pasar Baru WAJIB pergi.. Sila aim dulu nak beli apa kat sana dan kalau boleh tak perlu survey sangat sebab harga lebih kurang aje.. Mainkan peranan tawar menawar kat sana..
2. Beli FM siap-siap kat penjual yang datang ikut bontot kita kat Pasar Baru tu. Kat tempat lain takut susah jumpa..
3. Lagi satu kat Pasar Baru sila jaga bag korang.. anak2 pun sentiasa awasi..
4. Toko Tiga tak rekemen pergi. Kalau ada masa boleh laaa...
5. Diaz tolong lah jangan pergi..


by mekchuN (^_^)
Viewing all 206 articles
Browse latest View live